www.Daftar-Syarikat.com

                       Laman Utama | Info Kami | Daftar Syarikat Baru - 10 hari | Syarikat Tersedia - 1 jam | Borang Online | Hubungi Kami | Lokasi Pejabat

Menu

Daftar Syarikat Baru - 10 Hari

KEPERLUAN & SYARAT PENDAFTARAN - Pendaftaran Syarikat Baru
  Daftar Syarikat Baru Sekarang  

  • SYARAT PERMOHONAN
    1. Mengisi maklumat peribadi Pengarah dan Pemegang Saham dengan lengkap dan tepat di dalam laman web yang disediakan. Maklumat hendaklah sama seperti di dalam kad pengenalan atau passport. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecuaian/kesilapan dalam pengisian borang permohonan serta kelewatan dalam proses pendaftaran syarikat.


    2. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak sepenuhnya.


    3. Proses selanjutnya akan dilakukan selepas pihak kami menerima salinan kad pengenalan atau passport (jika warganegara asing) Pengarah dan Pemegang Saham


    4. Pembayaran boleh dilakukan secara berperingkat atau sepenuhnya seperti yang tertera di laman web.


    5. Baki (jika ada) hendaklah dijelaskan sepenuhnya selepas kelulusan carian nama.


    6. Pengarah dan Pemegang Saham digalakkan membuat perjumpaan dengan Setiausaha Syarikat atau wakil yang dilantik selepas kelulusan carian nama bagi menandatangani dokumen pendaftaran syarikat untuk mengelakkan jenayah salah laku.

  • Peringatan:-
    1. Kesilapan atau kecuaian dalam mengisi borang permohonan dan lain-lain maklumat, akan ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


    2. Sebarang perubahan maklumat peribadi pengarah dan pemegang saham dan yang berkaitan dengan syarikat di masa hadapan hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami.


    3. Sebarang pengeposan (courier,pos laju dll) dokumen syarikat ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

  • PROSEDUR PERMOHONAN CARIAN NAMA SYARIKAT (LANGKAH 1)
    1. Mencadangkan/menyediakan sekurang-kurangnya 3 nama syarikat untuk permohonan carian nama di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini bertujuan untuk memastikan cadangan nama diberikan tidak/ belum pernah digunakan oleh mana-mana syarikat.


    2. Proses permohonan carian nama syarikat mengambil masa 5 - 10 hari waktu berkerja selepas serahan dibuat dikaunter SSM.


    3. Deposit perlu dibayar untuk permohonan carian nama seperti termaktub di dalam jadual pembayaran.


    4. Setiap permohonan carian nama tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00.


    5. Memberi maksud di sebalik nama yang dicadangkan jika ianya bukan di dalam Bahasa Malaysia atau English. Contoh: Amcolians bermaksud Singa Besar di dalam Bahasa Urdu.


    6. Memberi maksud di sebalik perkataan. Contoh: “AMC SDN. BHD.” adalah singkatan seperti berikut A-Allied, M-Malaysian, C-Corporation.


    7. SSM akan mengeluarkan keputusan carian nama dalam tiga jenis keadaan iaitu:-


      • Tolak- Permohonan tidak dapat diluluskan kerana menyerupai dan boleh mengelirukan nama syarikat lain yang telah didaftarkan


      • Lulus- Boleh digunakan sebagai nama syarikat dan dengan ini ianya dirizabkan selama tiga (3) bulan dari tarikh surai ini.


      • Kueri- Adalah dalam pertimbangkan tertakluk kepada :
        • Keterangan mengenai asal-usul atau maksud perkataan yang digunakan

        • Memerlukan permohonan nama yang dibuat pindaan/tambahan perkataan terlebih dahulu sebelum kelulusan nama diberikan.

      Daftar Syarikat Baru Sekarang  
  • PROSEDUR PENDAFTARAN SYARIKAT BARU (LANGKAH 2)
    1. Setiap syarikat yang ditubuhkan di Malaysia mesti mempunyai alamat berdaftar.


    2. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang pengarah, 2 pemegang saham,1 setiausaha syarikat sama ada di kalangan warganegara Malaysia / penduduk tetap atau warganegara asing dengan tujuan yang sah disisi undang-undang untuk menjalankan sebarang aktiviti syarikat.


    3. Salinan kad pengenalan dan passport yang jelas perlu diserahkan kepada Setiausaha Syarikat.


    4. Berumur 18 tahun ke atas dan waras.


    5. Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan di bawah Akta Syarikat, 1965 (Seksyen 16(3A) dan 123(4)
      • berkenaan dengan promosi, penubuhan dan pengurusan sesebuah pertubuhan;


      • terlibat dalam penipuan atau ketidakjujuran yang dapat dihukum atau disabitkan dengan hukuman penjara 3 bulan atau lebih ; atau


      • Tidak pernah dipenjarakan di bawah Seksyen 132, 132A atau di bawah Seksyen 303, dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh deklarasi ini.


      • Tidak disabitkan muflis


    6. Nyatakan 3 jenis aktiviti utama syarikat dan perlu dihuraikan dengan jelas untuk dimasukkan di dalam Memorandum Dan Artikel (M&A).


    7. Perlantikan Pengarah,Pemegang Saham dan Setiausaha Syarikat mesti tertera di dalam M&A atau di bawah Akta Syarikat 1965.


    8. Kesemua Pengarah, Pemegang Saham dan Setiausaha Syarikat sama ada warganegara Malaysia atau asing mesti mempunyai alamat tetap di Malaysia.


    9. Pemegang Saham perlu memiliki sekurang-kurang 1 unit saham seorang dan perlu mengesahkan unit pegangan masing-masing.


    10. Kesemua Pengarah, Pemegang Saham, Setiausaha Syarikat perlu menandatangani dokumen penubuhan syarikat seperti M&A, Borang perlantikan Pengarah (48A) dan Borang perlantikan Setiausaha Syarikat (48F). Semua dokumen ini perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Pejabat Duti Setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri.


    11. Perlantikan dan kedudukan Ahli Lembaga Pengarah serta Pemegang Saham boleh dibuat sama ada dengan pemilikan penuh rakyat tempatan atau dikalangan warganegara asing. Perkongsian dan kerjasama pintar boleh dibuat melalui persetujuan bersama.


    12. Proses perdaftaran sepenuhnya syarikat mengambil masa 5 - 10 hari waktu berkerja selepas serahan dibuat dikaunter SSM.
    Nota:
    • Setiausaha Syarikat merupakan individu yang dilesenkan oleh SSM bagi memastikan Pengarah dan Pemegang Saham mengikut Akta Syarikat, 1965 serta merupakan wakil bagi kedua-dua pihak.


    • Pengarah dan Pemegang Saham dibolehkan dikalangan individu yang sama atau berasingan.

  • MEMULAKAN PERNIAGAAN (LANGKAH 3)
    1. Menandatangani Resolusi Mesyuarat Lembaga Pengarah pertama sebelum penyerahan dokumen berikut:-
      • M&A (Aktiviti Syarikat)
      • Borang 9 (Sijil pendaftaran syarikat asal berserta salinan)
      • Borang 24 (Maklumat Pemegang Saham Syarikat)
      • Borang 44 (Maklumat Pejabat Berdaftar Syarikat)
      • Borang 49 (Maklumat Pengarah Dan Setiausaha Syarikat)
      • Borang Resolusi Syarikat untuk membuka akaun semasa syarikat.
    Nota:
    • Semua salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Setiausaha Syarikat untuk memulakan aktiviti perniagaan.


    • Semua Pengarah Syarikat perlu menandatangani resolusi dan penandatangan cek perlu hadir ke bank. Permohonan perlu disertakan bersama dokumen yang telah disahkan, cop getah, wang deposit dan kad pengenalan pengarah/pemegang saham.


    • Individu luar yang tiada dalam jawatan Pengarah/Pemegang Saham boleh dilantik menandatangani buku cek syarikat.


    • Serahan sijil pegangan saham akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan selepas syarikat didaftarkan sepenuhnya


    • Buku berkanun syarikat perlu berada di pejabat berdaftar syarikat untuk tujuan kemaskini dari masa ke semasa mengikut Akta Syarikat,1965.

      Daftar Syarikat Baru Sekarang  
     

    Laman Utama | Info Kami | Daftar Syarikat Baru - 10 Hari | Syarikat Tersedia - 1 Jam | Borang Online | Hubungi Kami | Lokasi Pejabat

    Copyright @ 2007 Daftar-Syarikat.com